Golden 25 Feb 2022 (25/02/2022) Pakej Golden
pakej golden golden 23 feb 2022 feb 2022

Durasi

11 Hari

Syarikat Penerbangan

Saudi Airlines
  • Penerbangan terus ke Madinah Saudia Airline
  • Hotel 5 bintang Madinah

Pakej Termasuk :

  • Penerbangan pergi balik kelas ekonomi
  • Hotel di Makkah dan Madinah seperti dinyatakan
  • Sarapan hotel di Makkah
  • Makan 3 kali sehari di Madinah
  • Visa umrah
  • Pengangkutan di Makkah dan Madinah
  • Kursus umrah percuma
  • Air zamzam 5 liter setiap jamaah

Pakej Tidak Termasuk :

  • Suntik Meningitis
  • Penggunaan peribadi dihotel seperti telefon, dobi

SYARAT DAN TERMA UMRAH PASCA COVID

 

1. Jemaah mesti telah menerima 2 dos vaksin. Jenis vaksin yang diiktiraf oleh Arab Saudi ialah Pfizer, AstraZeneca, Moderna & Johnson. (Untuk Sinovac dan Sinopharm, Jemaah wajib mengambil 1 dos “booster” dari mana-mana 4 jenis vaksin diatas.

2. Jemaah wajib install app Tawakkalna dan Eatmarna didalam telefon masing. Tawakkalna berfungsi seperti MySejahtera dan Eatmarna adalah app untuk memohon permit Ibadah Umrah, ziarah Raudhah dan solat di Masjidilharam. 

3. Umrah, ziarah Raudhah dan solat di Masjidilharam perlu ditempah melalui Eatmarna. Tidak perlu tempahan untuk solat di Masjid Nabawi. 

4. Had bilangan umrah dan ziarah Raudhah tertakluk kepada SOP semasa Arab Saudi

5. Ziarah luar Makkah dan Madinah tertakluk kepada kebenaran Kerajaan Arab Saudi.

6. TIADA kuarantin diwajibkan di Arab Saudi. (Tertakluk kepada perubahan SOP oleh oleh Kerajaan Saudi)

7. Wajib kuarantin di Malaysia. SOP kuarantin tertakluk kepada SOP Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa

PCR TEST

1. Jemaah wajib membuat PCR Test 72 jam sebelum waktu berlepas ke Saudi dengan keputusan NEGATIF. Jika positif Jemaah tidak dibenarkan berangkat. Kos PCR Test ditanggung oleh Jemaah

2. Jemaah wajib membuat PCR Test 48 jam sebelum waktu balik ke Malaysia dengan keputusan NEGATIF. Jika positif, Jemaah tidak dibenarkan terbang dan akan dikuarantin di Arab Saudi. Kos PCR Test ditanggung oleh Jemaah. PDC akan membantu urusan ujian di klinik/hospital di Arab Saudi.

Kos kuarantin di Arab Saudi sila rujuk kepada perkara dibawah.

PERLINDUNGAN INSURAN COVID-19 (Berkuatkuasa hanya di Arab Saudi)


1. Semua Jemaah akan dilindungi oleh insuran yang disediakan dan telah termasuk didalam harga pakej. Kaedah pembayaran adalah PAY AND CLAIM

2. Jemaah dilindungi sehingga SAR650,000 jika dijangkiti Covid-19 dan perlu rawatan hospital di Arab Saudi.

3. Jika Jemaah positif Covid dan diwajibkan kuarantin, pihak insuran akan menanggung kos kuarantin sehingga SAR450 sehari (bilik dan makan) tertakluk kepada maksimum 14 hari. Jika kos kuarantin melebihi nilai perlindungan insuran, kos selebihnya adalah dibawah tanggungjawab Jemaah itu sendiri.

4. Kos ujian PCR tidak termasuk didalam perlindungan insuran.

NOTA PENTING

Semua peraturan diatas adalah tertakluk kepada perubahan dari Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi. Jemaah akan sentiasa dimaklumkan jika ada sebarang perkembangan terbaru.

 

TERMA TEMPAHAN

1. Deposit dan Pembayaran Penuh

1.1 Deposit minimum sebanyak RM1,000 mesti dibayar untuk pengesahan­ penempahan.

1.2 Bakinya atau bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 45 hari sebelum tarikh keberangkatan. Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucuthakan deposit.

2. Pembatalan dan Caj Pembatalan

2.1 Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, ­fi pentadbiran minimum sebanyak RM100.00 atau 2% dari harga pakej (mana yang lebih tinggi) untuk seorang akan dikenakan.

2.2 Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:

HARI PEMBATALAN DITERIMA   (sebelum tarikh berlepas)

CAJ PEMBATALAN (%)

22 – 44 hari bekerja

Lucut deposit minima

15 – 21 hari bekerja

35% dari harga pakej

8 – 14 hari bekerja

50% dari harga pakej

3 – 7 hari bekerja

75% dari harga pakej

2 hari bekerja

100% dari harga pakej


 

2.3 Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 2.2 (Catatan: Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat syarikat penerbangan. la mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung). *perlucuthakan- kehilangan hak deposit

3. Pembatalan Oleh Syarikat

 

3.1. Syarikat berhak membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.

3.2. Syarikat akan mencadangkan pakej umrah tersebut ditunda kepada suatu tarikh dan masa yang sesuai. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima cadangan itu, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada penumpang selepas ditolak ­ semua kos yang telah dibayar oleh syarikat seperti tiket penerbangan dan tempahan hotel serta yuran pentadbiran sebanyak RM300.

3.3 Pemulangan harga tiket penerbangan adalah tertakluk kepada polisi syarikat penerbangan

3.4 Pemulangan tempahan hotel adalah tertakluk kepada polisi hotel berkenaan.

3.5 Jika keadaan memerlukan syarikat membatalkan pakej disebabkan oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti yang berikut :

TARIKH PEMBATALAN DITERIMA

CAJ PEMBATALAN

8 – 14 hari bekerja

Bayaran balik penuh harga pakej

dan pampasan RM50

1 – 7 hari bekerja

Bayaran balik penuh harga pakej

dan pampasan RM75

Pada hari pelepasan

Bayaran balik penuh harga pakej

dan pampasan RM100


 

4. Dokumen Perjalanan

 

4.1. Tanggungjawab Anggota Pelancongan

Anggota pelancongan mestilah mempunyai :

(a) Pasport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf yang lain yang sepatutnya sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal

(b) Visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak berkuasa negara yang hendak dilawati

4.2. Tanggungjawab Syarikat

Syarikat mengaku janji untuk :

(a) Menasihati anggota pelancongan mengenai dokumen yang diperlukan

(b) Mana-mana mungkin, syarikat akan membantu penumpang untuk memperoleh visa yang sesuai. Walaubagaimanapun, syarikat tidak dapat menjamin kelulusan mana-mana permohonan visa.

4.3. Fi dan Caj Yang Relevan

Caj perkhidmatan dan ­ visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anggota pelancongan.

4.4. Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan

Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas ditolak ­ pentadbiran akan dibayar balik.

4.5. Penolakan Kemasukan

Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.

5. Maklumat Pakej dan Harga

(a) Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat pakej dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat ia mernberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.

(b) Syarikat berwaad bahawa perkara-perkara yang berikut dimasukkan ke dalam tambang pelancongan:

  1. Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk semua cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai yang terpakai.
  2.  Penginapan hotel, berdasarkan berkongsi bilik (dua orang sebilik, tiga orang sebilik, empat orang sebilik) berdasarkan pakej bilik yang ditawarkan ;
  3. Tambahan seorang (orang yang menginap bersendirian – orang itu hendaklah membayar tambahan seorang);
 

(c) Tambang pelancongan kanak-kanak sebagaimana yang diiklankan adalah berdasarkan kanak-kanak yang berumur 2 tahun tetapi tidak melebihi 12 tahun, yang berkongsi bilik dengan orang dewasa.

(d) Semua makanan, ziarah dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.

(e) Semua perjalanan darat adalah berdasarkan tempat duduk dalam kenderaan seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

(3) Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tambang pelancongan ialah:

  1. Dobi
  2. Penggunaan telefon hotel untuk kegunaan peribadi
  3. Makanan dan minuman didalam perjalanan dan yang tidak dinyatakan didalam pakej;
  4. Lawatan pilihan.
  5. Upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel; dan
  6. Semua perkara persendirian.
  7. Semua perkara yang tidak dinyatakan didalam pakej umrah
  

6. Bayaran Balik Untuk Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan

Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana jemaah berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan ziarah, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam harga pakej tetapi tidak digunakan oleh jemaah atas sebab peribadi.

7. Bagasi

Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnya mungkin berbeza antara satu syarikat kapal terbang dengan yang lain atau antara satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati penumpang tentang syarat-syarat itu. Penumpang dikehendaki membeli pelindungan insurans yang mencukupi.

8. Kemungkinan Pertukaran

Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan jadual lawatan, hotel dan Ialuan diubah. Jika ini berlaku, syarikat akan membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.

9.Hak Untuk Menolak Penempahan

Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan seseorang menjadi Jemaah umrah sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pakej umrah itu. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana peserta menyertai pakej itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada jemaah itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan ­ perkhidmatan dan ­ pembatalan.

10. Tanggungjawab Syarikat

Syarikat dan ejen bersekutunya akan bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, dan makanan, sebagaimana yang telah dinyatakan didalam brosur.

11. Insurans Perjalanan

Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.

  1. Jika pembatalan berlepas dilakukan 22 - 44 hari sebelum keberangkatan yang dijadualkan, maka PDC Travels Sdn Bhd akan mengembalikan bayaran pakej umrah setelah ditolak bayaran penalti 25%..
  2. Jika pembatalan berlepas dilakukan 15 - 21 hari sebelum keberangkatan yang dijadualkan, maka PDC Travels Sdn Bhd akan mengembalikan bayaran pakej umrah setelah ditolak bayaran penalti 35%..
  3. Jika pembatalan berlepas dilakukan 8 - 14 hari sebelum keberangkatan yang dijadualkan, maka PDC Travels Sdn Bhd akan mengembalikan bayaran pakej umrah setelah ditolak bayaran penalti 50%..
  4. Jika pembatalan berlepas dilakukan 3 - 7 hari sebelum keberangkatan yang dijadualkan, maka PDC Travels Sdn Bhd akan mengembalikan bayaran pakej umrah setelah ditolak bayaran penalti 75%..
  5. Jika pembatalan berlepas dilakukan 0 - 2 hari sebelum keberangkatan yang dijadualkan, maka PDC Travels Sdn Bhd akan mengembalikan bayaran pakej umrah setelah ditolak bayaran penalti 100%..

Booking Form

Sektor Pergi

KUL - Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Intl

To

MED - Madinah

Prince Mohammad Bin Abdulaziz

Sektor Balik

JED - Jeddah

King Abdulaziz Intl

To

KUL - Kuala Lumpur

Kuala Lumpur Intl

Data Pemesan

Nama

No. Telefon

E-mel

Harga Kamar

Double

Dewasa

RM8,590.00/pax

Triple

Dewasa

RM8,090.00/pax

Quad

Dewasa

RM7,690.00/pax

Request Addon
Total:

Rp 0